Translate:

Powered By google

Skim Pembiayaan MARA

on Sabtu, 1 Disember 2007

Skim Pembiayaan

Skim Pembiayaan AM

Untuk projek perdagangan, perkhidmatan dan pembuatan Skim ini merangkumi:

Perwujudan Usahawan

Untuk bekas peserta kursus / latihan keusahawanan anjuran MARA atau agensi - agensi kerajaan yang ingin memulakan perniagaan.

Pembiayaan Profesional

Untuk ahli - ahli badan profesiona yang ingin memulakan perniagaan atau membesarkan perniagaan sedia ada.

Pembiayaan pengangkutan

Untuk membeli kenderaan bagi tujuan perniagaan dalam bidang pengangkutan.

Pembiayaan Pasar Mini

Untuk perniagaan peruncitan dalam bentuk pasar mini.

Pembiayaan Usahawan Teknikal

Bekas pelatih IKM / Giat dan lain - lain Institusi kemahiran yang berkecenderung untuk menjalankan urusniaga yang bersesuaian dengan latihan mereka yang telah didedahkan dengan suasana perniagaan di Pusat Usahawan Teknikal (PUTEK)

Pembiayaan Perusahawan Tani

Pembiayaan bagi projek / perusahawan pertanian, perikanan, penternakan, florikultur dsb.

Skim Pembiayaan Kontrak

Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan, dan kerja - kerja elektrikal. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja - kerja Agensi Awam. Dibawah skim ini terdapat kategori pembiayaan khusus berikut:-

Pembiayaan Kontrak Am

Terbuka kepada kontraktor yang memperolehi kontrak binaan, bekalan, kontraktor yang memperolehi kontrak berasaskan pertanian dan kontraktor "nominated subcontractor"

Pembiayaan Untuk Kemudahan Tetap Kontrak (Overdraft)

Kemudahan yang boleh digunakan berulang kali dalam tempoh setahun berdasarkan perolehan kerja daripada Agensi Awam.

Pembiayaan untuk Sub-Kontrak Di Bawah Konsep Payung

Terbuka kepada Sub-Kontraktor yang mempunyai perjanjian kontrak dengan kontraktor utama dibawah konsep payung yang diwujudkan dengan Kementerian tertentu.

Pembiayaan Kepada Kontraktor Cemerlang

Diberi kepada kontraktor yang dikenal pasti dari kalangan pelanggan MARA yang telah menyempurnakan empat kali pembiayaan kontrak AM. Kontraktor tersebut diberi pembiayaan tanpa megemukakan penjamin / cagaran.

Skim Pembiayaan Khas Pembuatan & Francais

Pembiayaan bagi projek menggunakan teknologi tinggi dengan keutamaan diberikan kepada projek - projek pembuatan, francais, teknologi maklumat, pelancongan secara pakej dan projek perkhidmatan secara profesional.

0 ulasan: